KUANTAN, 28 Julai 2022 – Mejar Jeneral Dato Hj Md Fauzi bin Saleh TUDM, Asisten Ketua Staf (AKS) J3, Markas Angkatan Bersama (MK AB) telah merasmikan program derma darah sempena Hari Ulang Tahun Markas Angkatan Bersama ke – 15. Program ini telah diadakan Wisma Gabungan MK AB, Kem Al- Sultan Abdullah dengan kerjasama Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh. Seramai 72 terdiri daripada pegawai, anggota lain-lain pangkat, staf awam serta staf Prodata FGV telah menderma darah pada program kali ini. Semoga dengan adanya program seperti ini, warga MK AB dapat bersama-sama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membantu kepada mereka yang memerlukan.