PEMBUKAAN EKSESAIS BERSAMA WARRIOR 2022

Majlis Pembukaan Eksesais BERSAMA WARRIOR 2022 (BW 22) telah disempurnakan oleh Brig Jen Bryan J. Grenon, Land Component Commander, Army Staf Element US JFHQ, Washington National Guard di Pusat Simulasi Olah Perang, MK AB, Kuantan. Eksesais BW 22 merupakan eksesais tahunan antara Angkatan Tentera Malaysia dengan Angkatan Tentera Amerika Syarikat. Eksesais pada kali ini akan dilaksanakan secara Command Post Exercise (CPX) bermula dari 4 Jun 2022 sehingga 17 Jun 2022. Selain meneruskan hubungan erat yang telah sekian lama terjalin antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Tentera Amerika Syarikat, Eks BW 22 turut bertujuan meningkatkan persefahaman, 𝘪𝘯𝘵𝘦𝘳𝘰𝘱𝘦𝘳𝘢𝘣𝘪𝘭𝘪𝘵𝘺 dan keupayaan kedua-dua pihak dalam merancang serta melaksanakan operasi secara bersama/gabungan. Eksesais pada kali ini melibatkan seramai 237 orang anggota ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM dan Angkatan Tentera Amerika Syarikat termasuk kakitangan awam dari kedua-dua negara.
Skip to content