PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR

Wisma Perwira dan Wisma Bintara Markas Angkatan Bersama (MK AB) telah mengadakan perlawanan bola tampar persahabatan bertempat di gelanggang bola tampar MK AB.
Perlawanan tersebut telah dilangsungkan sebanyak 5 set. Pada peringkat awal Wisma Bintara jelas menguasai perlawanan apabila mudah mendahului Wisma Perwira apabila memenangi 2 set tanpa balas. Memasuki set ketiga Wisma Perwira mula menunjukkan kebangkitan apabila berjaya mengikat kedudukan dengan memenangi dua set berikutnya. Akhirnya setelah pertarungan yang sengit, ternyata Wisma Perwira lebih unggul apabila berjaya memenangi set penentuan menjadikan keputusan keseluruhan Wisma Perwira menang 3-2. Perlawanan persahabatan ini berjaya memupuk semangat kesukanan dan kerjasama diantara ahli kedua-dua wisma selaras dengan cogan kata MK AB ” Berjuang Bersama”. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.
Skip to content