TPA-M16 TAMATKAN MISI DENGAN JAYANYA

Panglima Angkatan Bersama (PAB), Lt Jen Dato’ Indera Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM telah menyempurnakan perbarisan oleh Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao ke – 16 (TPA – M16) di Markas TPA – M16 di Cotabato City, Filipina. Perbarisan acara kebiasaan yang diadakan sebelum TPA M-16 berangkat pulang ke tanahair yang telah disaksikan oleh tetamu khas dari pemegang taruh tempatan serta pegawai-pegawai ATM yang diterbangkan dari Malaysia. Semasa perbarisan tersebut, PAB turut menerima tabik hormat serta menyaksikan majlis menandatangani sijil penghargaan yang ditandatangani bersama oleh Ketua Misi TPA-M16, Mej Jen Datuk Hamdan bin Hj Ismail dengan wakil Committees on the Cessation of Hostilities (CCCH) kerajaan Filipina dan Moro Islamic Liberation Front (MILF). PAB turut menyempurnakan penyerahan sumbangn generator yang digunakan oleh TPA-M16 kepada Local Government Unit Cotabato City. Sumbangan ini adalah sebagai membantu pusat perubatan di kawasan Cotabato city. PAB, deligasi dan ahli TPA-M16 selamat tiba di Pangkalan Udara Subang dengan pesawat C-130H milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 2015 malam tadi. Turut menyambut kepulangan adalah ahli keluarga pegawai TPA-M16.
Skip to content