Visi, Misi & Moto

VISI

MENJADI PEMERINTAHAN ANGKATAN BERSAMA YANG KREDIBEL

Visi MK AB untuk Menjadi Pemerintahan Angkatan Bersama Yang Kredibel dengan membangunkan sebuah Markas yang berkeupayaan mengatur dan menyelaras Operasi dan Eksesais Bersama, dalam keseluruhan spektrum operasi ketenteraan sepertimana yang diamanahkan oleh pucuk pimpinan tertinggi ATM. Kredibel bermaksud satu saluran pemerintahan yang responsif, proaktif, sentiasa menekankan kebersamaan dan inovatif serta kebolehsuaian dengan persekitaran keselamatan yang sentiasa berubah. Sejajar dengan aspirasi ATM untuk mencapai status angkatan yang kredibel menjelang tahun 2025.

MISI

MELAKSANAKAN OPERASI BERSAMA DENGAN EFEKTIF

Misi MK AB dalam Melaksanakan Operasi Bersama Dengan Efektif adalah untuk mendukung peranan utama kewujudan ATM sebagai benteng pertahanan negara dan sentiasa siaga demi melindungi kedaulatan dan integriti negara. Misi ini memerlukan MK AB mengatur langkah-langkah strategik yang proaktif demi memastikan keupayaan dan kesiagaan Operasi Bersama pada tahap tertinggi dan responsif terhadap sebarang ancaman. Justeru, keberkesanan pengoperasian bersama dan objektif misi tugasan bersama dapat dicapai.

MOTO

BERJUANG BERSAMA

 

Moto MK AB adalah “BERJUANG BERSAMA”. BERJUANG bermaksud berlaga, nekad mencapai atau mengatasi sesuatu dengan cara beradu tenaga (kekuatan atau kuasa) dengan pihak atau unsur yang menentangnya atau boleh memudaratkannya. Manakala BERSAMA bermaksud berserta, berganding, serentak dengan semuanya sekali dan seluruhnya. Sejajar dengan konsep penubuhan MK AB yang berdasarkan Kebersamaan (Jointness) yang bersifat Tiga Khidmat (Tri-service) dalam ATM. Di samping itu, ianya juga mencerminkan penglibatan MK AB dalam operasi dan eksesais bersama di peringkat antarabangsa dengan negara-negara sahabat serta agensi-agensi kerajaan dalam negara.

Skip to content